Kemana Halatuju Parti Keadilan
Baba Haizal Baba Zain - pemudanetwatch@yahoo.com
Apakah parti yang setahun jagung yang kini telah mula reput , rapuh dan lemah longlai yang kini menunggu saat - saat kehancuran masih ingin membuktikan mereka masih di perlukan oleh masyarakat Malaysia . Inilah merupakan pentas terakhir pesada politik mereka .
Persoalan pokok ialah apakah parti keadilan mampu menjalankan tanggungjawab yang di kehendaki oleh masyarakat kerana jelas kini nampaknya sudah tidak mampu lagi bertahan sebagai sebuah parti memandangkan pergolakkan dalaman yang kuat berlaku .
Pergolakan diantara JIM dan ABIM sebagai contoh nampaknya sudah terlalu serius hingga memaksa beberapa pemimpin tertinggi mereka terpaksa mengambil keputusan mengundurkan diri seperti Hamdan Taha , Chandra Muzaffar dan Anuar Tahir .
Jelas di sini mereka tidak mampu lagi bertahan dan hanya bernyawa ikan menunggu saat-saat kehancuran sahaja . Kalau parti mereka sendiri tak terbela nasibnya apakan pula mereka dapat bela nasib masyarakat Malaysia.
" Janganlah kerana marahkan nyamuk kelambu pula hendak di bakar " pengundi - pengundi di Indera Kayangan di ingatkan jangan sekali-kali tersalah langkah kerana akhirnya kita sendiri yang akan rugi .